Wednesday 6 July 2011

Mesyuarat bulanan - Julai 2011

Rabu, 6.7.11 - Mesyuarat masih mengikut jadual telah diadakan bermula 9.30 mlm. Walaupun kehadiran ahli tidak menepati waktu, mesyurat diteruskan pada waktu yang ditetapkan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Cawangan. Antara yang bincangkan adalah :
1. Program gerak gempur - terakhir di Sg Tengi Selatan pada 17.7.11
2. Ucapan tahniah & terima kasih ahli kepada yang berjaya menaikkan papan tanda PAS Cawangan Ampang Pecah setelah mengharap selama lebih 50 tahun.
3. Persediaan menghadapi PRU 13 - tumpuan di Hulu Bernam
4. Langkah-langkah membuat kutipan sumbangan ahli secara bulanan diperincikan selepas senarai keahlian telah dikemaskini oleh Setiausaha.
5. Persetujuan memberi sumbangan kepada 2 ahli yang ditimpa kemalangan dan kematian suami dan lain-lain  perkara yang berbangkit untuk dibincangkan. Mesyuarat ditangguhkan pada 11.00 malam.