Friday 20 January 2012

MESYUARAT JK Januari 2012

Mesyuarat telah diadakan pada hari Ahad 14 Januari 2012 bermula 9.30 mlm. Makluman penting yang perlu diambil perhatian oleh semua ahli PAS Cawangan Ampang Pecah ialah tarikh Mesyuarat Agung yang perlu di laksanakan sebelum akhir bulan Mac 2012. Aktivti-aktiviti yang akan dijalankan tahun 2012 masih belum diputuskan namun akan terus dilaksanakan mengikut keperluan seperti program ziarah, raidah, usrah dan mesyuarat bulanan AJK. Ketua Cawangan dan AJK mengucapkan Selamat Tahun Baru Masehi 2012 dan Selamat Tahun Baru Cina -tahun Naga Air.