Saturday 10 September 2011

Mesyuarat JK Okt & November

Mesyuarat PASCAP untuk bulan Oktober telah diadakan pada hari Rabu minggu pertama bertarikh 5.10.11 dan untuk bulan November pula pada 2.11.11. Oleh kerana sudah hampir hujung tahun tidak banyak perkara dirancang selain perkara-perkara biasa - ziarah, jamuan dan sempat juga menghadiri Makan Malam Perasmian Bangunan Muslimat di Shah Alam pada 24.11.11 lalu. Setakat kini sistem fail PASCAP adalah pada tahap terbaik, semua bayaran-bayaran untuk PASKAW telah dilunaskan dan sedang dalam mengemaskini untuk dikirim kepada ROS untuk semakan tahun 2012. Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1432H, PASCAP ingin mengucapkan SELAMAT BERKORBAN dan Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada semua Muslimin dan Muslimat yang kini berada di Tanah Suci Mekah.

Thursday 8 September 2011

Mesy Bulan Sept

Rabu, 7.9.11 - Walaupun baru lepas 1 minggu beraya, mesyuarat jk masih tetap diadakan mengikut jadual. Sekali gus jamuan hari raya turut diadakan. Mesyuarat kali ini lebih menekan kepada program jamuan hari raya yang akan diadakan oleh pelbagai pihak seperti Pusat Khidmat Masyarakat Zon KKB pada 11.9.11(10 pagi) di Dewan Serbaguna KKB, PAS Pusat (2 ptg), JKKK Ampang Pecah bersama PASCAP pada 25.9.11, PAS Kawasan di Soeharto  pada 2 ptg hari yang sama dan lain-lain jemputan yang diterima. Mesyuarat turut menyentuh sedikit sebanyak isu-isu berkaitan PRU 13 yang akan diadakan tidak lama lagi. Mesyuarat berakhir pada jam 11 mlam dengan menikmati juadah hari raya telah disediakan