Sunday 12 August 2012

Program Liga Fikri


Ahad, 12.08.12 - Program anjuran Lajnah Tarbiya & Kepimpinan telah dihadiri oleh Ketua Cawangan, Setiausaha, ketua pemuda & 2 orang AJK PASCAP. Program telah diadakan di Dewan Dato Abdul Hamid, Batang Kali. Pembentangan kertas kerja telah disempurnakan oleh Yg berbahagia Ust. Salehin Muhyi, Timbalan Persuruhjaya 3, BPPNS. Program bermula jam 9 pagi telah dimulai dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ketua Dewan Ulama PASKAW - Us Kamrulzaman.

Friday 29 June 2012

Keajaiban Al-Quran

Menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya.
Ada 2 perkara yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)
Tip yang nak di kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.


Jom sama-sama kita belajar…
Contoh 1
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan sahabat semua. Sama-sama kita kongsikan kepada sahabat handai kita, adik-adik kita, keluarga kita dan suadara-saudara kita supaya sama-sama mendapat pahala…

Sunday 24 June 2012

Ziarah ahli kariah

Ahad, 24.06.12 - Bersama ketua cawangan PACAP ziarah Sdr Fauzie (ayam) telah dibuat untuk mengetahui status kesihatan beliau yang kena strok. Bahagian kiri beliau telah lumpuh.. masih belum mampu bergerak dan terlantar atas katil. Melalui perbualan didapati punca kejadian ialah tekanan darah tinggi mencapai 200+ dan berlaku 'blood clotting' di bahagian kepala. Semoga beliau bersabar dengan duggan Allah dan didoakan beliau akan pulih dengan usaha2 yang berterusan menjaga kesihatan seterusnya.

Thursday 31 May 2012

Program ziarah

Khamis, 31.05.12 - Program ziarah pesakit di hospital KKB... menyusul selanjutnya.

Sunday 15 April 2012

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN HULU SELANGOR

Ahad, 15.04.12 - Mesyuarat Agung Kawasan kali ke 26 telah berlangsung di Dewan Orangramai Sungai Selisek bermula 10.00 pagi.  Perwakilan 10 orang dari Cawangan Ampang Pecah telah hadir dalam mesyuarat kali ini. Mesyuarat berjalan lancar dan berakhir pada jam 2.30 ptg.