Friday 2 December 2011

Mesy Jk akhir 2011

Mesyuarat JK PASCAP untuk kali terakhir tahun 2011 akan diadakan pada hari Ahad 4 Disember 2011 di Taman Desa Bukit Bujang. Memandangkan ini adalah mesyuarat terakhir tahun 2011, pelbagai dokumen perlu disediakan untuk penyerahan kepada ROS sebagai rutin tahunan. Apa yang akan dirumuskan dalam mesyuarat ini akan dimaklumkan kemudian.Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan mesyuarat telah ditunda kepada 26 Disember 2011

Saturday 10 September 2011

Mesyuarat JK Okt & November

Mesyuarat PASCAP untuk bulan Oktober telah diadakan pada hari Rabu minggu pertama bertarikh 5.10.11 dan untuk bulan November pula pada 2.11.11. Oleh kerana sudah hampir hujung tahun tidak banyak perkara dirancang selain perkara-perkara biasa - ziarah, jamuan dan sempat juga menghadiri Makan Malam Perasmian Bangunan Muslimat di Shah Alam pada 24.11.11 lalu. Setakat kini sistem fail PASCAP adalah pada tahap terbaik, semua bayaran-bayaran untuk PASKAW telah dilunaskan dan sedang dalam mengemaskini untuk dikirim kepada ROS untuk semakan tahun 2012. Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1432H, PASCAP ingin mengucapkan SELAMAT BERKORBAN dan Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada semua Muslimin dan Muslimat yang kini berada di Tanah Suci Mekah.

Thursday 8 September 2011

Mesy Bulan Sept

Rabu, 7.9.11 - Walaupun baru lepas 1 minggu beraya, mesyuarat jk masih tetap diadakan mengikut jadual. Sekali gus jamuan hari raya turut diadakan. Mesyuarat kali ini lebih menekan kepada program jamuan hari raya yang akan diadakan oleh pelbagai pihak seperti Pusat Khidmat Masyarakat Zon KKB pada 11.9.11(10 pagi) di Dewan Serbaguna KKB, PAS Pusat (2 ptg), JKKK Ampang Pecah bersama PASCAP pada 25.9.11, PAS Kawasan di Soeharto  pada 2 ptg hari yang sama dan lain-lain jemputan yang diterima. Mesyuarat turut menyentuh sedikit sebanyak isu-isu berkaitan PRU 13 yang akan diadakan tidak lama lagi. Mesyuarat berakhir pada jam 11 mlam dengan menikmati juadah hari raya telah disediakan

Monday 1 August 2011

Mesy JK Bulan Ogos & Majlis Iftor

Mesy Jk sekaligus majlis iftor akan diadakan pada hari Rabu 3Ramadhan bersamaa 3 Ogos bertempat di Masjid (L) Al-Hidayah Ampang Pecah. Mesyuarat diadakan untuk mengekalkan rutin bulanan yang telah ditetapkan, Kebetulan hari tersebut bertepatan dengan bulan Ramdhan, maka dapatlah ahli jawatankuasa bersama2 berbuka puasa dan seterusnya bertarawih. Moreh juga adalah sumbangan Ketua Cawangan PASCAP.  Semua ahli dijemput hadir ke majlis iftor ini sebagai tanda ukhwah sesama Islam.

Wednesday 6 July 2011

Mesyuarat bulanan - Julai 2011

Rabu, 6.7.11 - Mesyuarat masih mengikut jadual telah diadakan bermula 9.30 mlm. Walaupun kehadiran ahli tidak menepati waktu, mesyurat diteruskan pada waktu yang ditetapkan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Cawangan. Antara yang bincangkan adalah :
1. Program gerak gempur - terakhir di Sg Tengi Selatan pada 17.7.11
2. Ucapan tahniah & terima kasih ahli kepada yang berjaya menaikkan papan tanda PAS Cawangan Ampang Pecah setelah mengharap selama lebih 50 tahun.
3. Persediaan menghadapi PRU 13 - tumpuan di Hulu Bernam
4. Langkah-langkah membuat kutipan sumbangan ahli secara bulanan diperincikan selepas senarai keahlian telah dikemaskini oleh Setiausaha.
5. Persetujuan memberi sumbangan kepada 2 ahli yang ditimpa kemalangan dan kematian suami dan lain-lain  perkara yang berbangkit untuk dibincangkan. Mesyuarat ditangguhkan pada 11.00 malam.

Tuesday 28 June 2011

PROGRAM BULAN JUN 2011

Program dirancang sepanjang bulan Jun 2011
1.6.11 (Rabu) - Mesyuarat Cawangan
8.6.11 (Rabu) - Usrah Cawangan
10.6.11(Jumaat) - Ketua Cawangan & Setiausaha menghadiri mesy kawasan di Btg Kali
12.6.11 (Ahad) - Mesy JK Pelaksana Program HiTea - bentuk JPrD Zon KKB - Hi-Tea dibatalkan
15.6.11 (Rabu) - Usrah Gabungan - Caw Ampang Pecah, KKB, Kpg Kelapa, Rasa
17.6.11 (Jumaat) - Setiausaha merangkap Pengerusi Lajnah IT  menghadiri mesyuarat di Markas Bukit Beruntung
18,6.11(Sabtu) - Mesyuarat JPrD Zon KKB
22.6.11 (Rabu) - Mesyuarat JK PASTI - ditangguhkan kerana mesyuarat panel penilai permohonan peruntukan ADN zon KKB.
23.6.11 (Khamis) - KC & SU menghadiri mesyuarat PKM Zon KKB
27.6.11 (Isnin) - KC, SU & Ketua Penerangan menghadiri Mesyurat bersama YB Lau Weng San di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat KKB.
28.6.11 (Selasa)- SU menghadiri Mesyuarat Majlis SU Kawasan Hulu Selangor di markas Btg Kali
29.6.11 (Rabu)- Mesyuarat JK PASTI - ditangguh kerana Pengurus PASTI terlibat dalam mesy kawasan.
30.6.11 (Khamis) -

Sunday 5 June 2011

JEMPUTAN KE MAJLIS HI-TEA

MAJLIS SILATUR-RAHIM (HI-TEA) BERSAMA MASYARAKAT SETEMPAT
HARI              :  SABTU
TARIKH         :  18 JUN 2011
MASA            : 5.00 PETANG
TEMPAT        :  BALAI RAYA TAMAN DESA BUKIT BUJANG.

SEMUA AHLI PASCAP DALAM ZON KKB (RASA, KERLING, AMPANG PECAH, KAMPUNG KELAPA & KKB)  DIJEMPUT HADIR.
(Surat jemputan rasmi sedang menyusul - disampaikan melalui Ketua Cawangan masing-masing)
Mesyuarat JK Pelaksana akan diadakan pada hari Ahad 12 Jun jam 10.00 pagi di Bilik Gerakan JKKK Ampang Pecah. Semua ketua cawangan bersama 2 orang AJK dijemput hadir).
MAJLIS TELAH DITUKAR KEPADA MESYUARAT JPrD ZON KKB dan telah selamat disempurnakan.

Keputusan Mesyuarat JK

Mesyuarat JK PASCAP pada 5 Mei 2011 telah bersetuju untuk melaksanakan usul yang dibentangkan dalam Mesyuarat Agung PASCAP pada 20 Januari 2011 iaitu membuat kutipan sumbangan RM5.00 seorang ahli mulai bulan Jun 2011 untuk tujuan pengisian Tabung PASCAP. Edaran makluman tentang perkara ini telah disampaikan kepada semua ahli yang berdaftar dengan PASCAP. Adalah diharapkan semua ahli berlapang dada untuk mengimfakkan bahagian masing-masing demi kelancaran pentadbiran PASCAP. Atas kerjasama yang diberikan ucapan terima kasih - JAZAKALLAH KASIRAN.

Program Ziarah Ahli

3.5.11, Khamis - Mantan Bendahari PASCAP, Sdr Nur Abdullah bin Ahamd Zabidi atas kesulitan hidup yang ditanggung buat masa kini disertai sumbangan untuk meringkan beban tanggungan keluarga. PASCAP sedang berusaha untuk membantu agar kehidupan keluarga beliau lebih terjamin.
19.4.11,Selasa - Balu Arwah Zainal Abidin bin Talib di Taman Ampang Pecah disertai dengan sumbangan untuk keluarga arwah.
3.6.11, Jumaat - Sdr Rashdan yang lumpuh bahagian bawah badan akibat kemalangan. Beliau tinggal di Padang Tembak.

Thursday 17 February 2011

SALAM PERKENALAN

PAS CAP - Parti Islam SeMalaysia Cawangan Ampang Pecah sedang mengorak langkah baru sempena 2011.