Pas Cawangan Ampang Pecah sudah mendapat nafas baru untuk bergerak lebih proaktif bagi menjamin kesinambungan pemerintahan kerajaan berkebajikan di Malaysia yang akan membela rakyat.
Friday, 24 February 2012
MESYUARAT AGUNG KALI KE 13
Sabtu - Mesyuarat Agung PASCAP kali ke 13 telah berlangsung di Taman Desa Bukit Bujang. Laporan lanjut menyusul....
Friday, 20 January 2012
MESYUARAT JK Januari 2012
Mesyuarat telah diadakan pada hari Ahad 14 Januari 2012 bermula 9.30 mlm. Makluman penting yang perlu diambil perhatian oleh semua ahli PAS Cawangan Ampang Pecah ialah tarikh Mesyuarat Agung yang perlu di laksanakan sebelum akhir bulan Mac 2012. Aktivti-aktiviti yang akan dijalankan tahun 2012 masih belum diputuskan namun akan terus dilaksanakan mengikut keperluan seperti program ziarah, raidah, usrah dan mesyuarat bulanan AJK. Ketua Cawangan dan AJK mengucapkan Selamat Tahun Baru Masehi 2012 dan Selamat Tahun Baru Cina -tahun Naga Air.
Friday, 2 December 2011
Mesy Jk akhir 2011
Mesyuarat JK PASCAP untuk kali terakhir tahun 2011 akan diadakan pada hari Ahad 4 Disember 2011 di Taman Desa Bukit Bujang. Memandangkan ini adalah mesyuarat terakhir tahun 2011, pelbagai dokumen perlu disediakan untuk penyerahan kepada ROS sebagai rutin tahunan. Apa yang akan dirumuskan dalam mesyuarat ini akan dimaklumkan kemudian.Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan mesyuarat telah ditunda kepada 26 Disember 2011
Saturday, 10 September 2011
Mesyuarat JK Okt & November
Mesyuarat PASCAP untuk bulan Oktober telah diadakan pada hari Rabu minggu pertama bertarikh 5.10.11 dan untuk bulan November pula pada 2.11.11. Oleh kerana sudah hampir hujung tahun tidak banyak perkara dirancang selain perkara-perkara biasa - ziarah, jamuan dan sempat juga menghadiri Makan Malam Perasmian Bangunan Muslimat di Shah Alam pada 24.11.11 lalu. Setakat kini sistem fail PASCAP adalah pada tahap terbaik, semua bayaran-bayaran untuk PASKAW telah dilunaskan dan sedang dalam mengemaskini untuk dikirim kepada ROS untuk semakan tahun 2012. Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1432H, PASCAP ingin mengucapkan SELAMAT BERKORBAN dan Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada semua Muslimin dan Muslimat yang kini berada di Tanah Suci Mekah.
Thursday, 8 September 2011
Mesy Bulan Sept
Rabu, 7.9.11 - Walaupun baru lepas 1 minggu beraya, mesyuarat jk masih tetap diadakan mengikut jadual. Sekali gus jamuan hari raya turut diadakan. Mesyuarat kali ini lebih menekan kepada program jamuan hari raya yang akan diadakan oleh pelbagai pihak seperti Pusat Khidmat Masyarakat Zon KKB pada 11.9.11(10 pagi) di Dewan Serbaguna KKB, PAS Pusat (2 ptg), JKKK Ampang Pecah bersama PASCAP pada 25.9.11, PAS Kawasan di Soeharto pada 2 ptg hari yang sama dan lain-lain jemputan yang diterima. Mesyuarat turut menyentuh sedikit sebanyak isu-isu berkaitan PRU 13 yang akan diadakan tidak lama lagi. Mesyuarat berakhir pada jam 11 mlam dengan menikmati juadah hari raya telah disediakan
Monday, 1 August 2011
Mesy JK Bulan Ogos & Majlis Iftor
Mesy Jk sekaligus majlis iftor akan diadakan pada hari Rabu 3Ramadhan bersamaa 3 Ogos bertempat di Masjid (L) Al-Hidayah Ampang Pecah. Mesyuarat diadakan untuk mengekalkan rutin bulanan yang telah ditetapkan, Kebetulan hari tersebut bertepatan dengan bulan Ramdhan, maka dapatlah ahli jawatankuasa bersama2 berbuka puasa dan seterusnya bertarawih. Moreh juga adalah sumbangan Ketua Cawangan PASCAP. Semua ahli dijemput hadir ke majlis iftor ini sebagai tanda ukhwah sesama Islam.
Wednesday, 6 July 2011
Mesyuarat bulanan - Julai 2011
Rabu, 6.7.11 - Mesyuarat masih mengikut jadual telah diadakan bermula 9.30 mlm. Walaupun kehadiran ahli tidak menepati waktu, mesyurat diteruskan pada waktu yang ditetapkan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Cawangan. Antara yang bincangkan adalah :
1. Program gerak gempur - terakhir di Sg Tengi Selatan pada 17.7.11
2. Ucapan tahniah & terima kasih ahli kepada yang berjaya menaikkan papan tanda PAS Cawangan Ampang Pecah setelah mengharap selama lebih 50 tahun.
3. Persediaan menghadapi PRU 13 - tumpuan di Hulu Bernam
4. Langkah-langkah membuat kutipan sumbangan ahli secara bulanan diperincikan selepas senarai keahlian telah dikemaskini oleh Setiausaha.
5. Persetujuan memberi sumbangan kepada 2 ahli yang ditimpa kemalangan dan kematian suami dan lain-lain perkara yang berbangkit untuk dibincangkan. Mesyuarat ditangguhkan pada 11.00 malam.
1. Program gerak gempur - terakhir di Sg Tengi Selatan pada 17.7.11
2. Ucapan tahniah & terima kasih ahli kepada yang berjaya menaikkan papan tanda PAS Cawangan Ampang Pecah setelah mengharap selama lebih 50 tahun.
3. Persediaan menghadapi PRU 13 - tumpuan di Hulu Bernam
4. Langkah-langkah membuat kutipan sumbangan ahli secara bulanan diperincikan selepas senarai keahlian telah dikemaskini oleh Setiausaha.
5. Persetujuan memberi sumbangan kepada 2 ahli yang ditimpa kemalangan dan kematian suami dan lain-lain perkara yang berbangkit untuk dibincangkan. Mesyuarat ditangguhkan pada 11.00 malam.
Subscribe to:
Posts (Atom)